Jumaat, 7 Disember 2012

Kenangan...

kenangan datang dan pergi
pahit manis silih berganti
air mata dan senyuman mengambil tempatnya
aku jadi rindu dengannya

namun aku serik untuk mengulanginya
kenapa harus begitu??
kerana setiap manusia
melakar kenangannya tersendiri

begitu juga dengan aku
kadangkala meragui..
kenangan yang terlakar
di dunia minda..
berilah peluang untuk aku
melakar kenangan itu
dengan warna warni.....

Isnin, 30 Julai 2012

SAAT KAMU

Saat kamu menyukai seseorang,
kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri
saat kamu menyayangi seseorang,
kamu ingin sekali membuatnya bahagia
dan
bukan untuk dirimu sendiri....
saat kamu mencintai seseorang,
kamu akan melakukan apa pun untuk kebahagiaannya 
walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu...

Selasa, 12 Jun 2012

sukarnya melilit jiwa

Sukarnya melilit duka
bertandang tanpa diundang
pergi membawa jiwa ini
berhijrah di pusara
bagai teratak buruk ditinggalkan
terpaku menatap dinding kehidupan
tanpa wajah yang dapat ditatap

Pemergian yang abadi
perjalanan yang terlalu jauh
yang tidak mungkin dapat dikejar
berlari tanpa berkasut
memijak pasir-pasir kesedihan

Ku jejaki jasad kian hilang
mengejar walau musim bunga berkembang
tetap diam dan sepi
kemboja putih menemanimu
berjatuhan saban musim
di situ kau bersemadi
jiwa ini tetap berkembang
bersama memori yang masih kukuh

Ahad, 22 April 2012

CINTA ITU

cinta itu kejujuran kerana cinta tidak pernah memaksa
cinta itu murni kerana cinta memerlukan ketulusan hati
cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan
cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan
cinta itu keredhaan kerana cinta itu pemberian tuhan
cinta itu kemaafan kerana cinta sangat sensitif
cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya pada yang satu
cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan
cinta itu inspirasi kerana cinta membina kekuatan

Aku & Diriku... Diriku terdiam seribu bahasa Menjadi alpa dengan apa yang ku terima Menjadi sangsi akan hidup yang dijalani Satu pe...